2,342 kes baru Covid-19, terendah sejak April 2021

Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan sebanyak 2,342 kes baru Covid-19 direkodkan dengan jumlah keseluruhan kini mencecah 2,810,689 kes. Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam tempoh 271 hari iaitu sejak 21 April tahun lalu.

Jumlah kemasukan ke hospital membabitkan pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas menurun sebanyak 13.1 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya. Kementerian Kesihatan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri sehari lebih lewat melalui portal CovidNow.

Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri untuk semalam (Jan 16) di mana 3,010 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut: Selangor (914), Johor (371), Kuala Lumpur (226), Sabah (213), Pahang (207), Negeri Sembilan (203), Pulau Pinang (178), Kedah (175), Kelantan (160), Melaka (144), Perak (120), Terengganu (63), Labuan (14), Putrajaya (13), Sarawak (6), Perlis (3).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here