Turki tawar bantu Indonesia dirikan ibu kota baharu di Kalimantan Timur

Turki menawarkan bantuan kepada Indonesia membantu negara itu membangunkan ibu kota baharunya di Kalimantan Timur.

Presiden Indonesia, Joko Widodo tahun lalu mengumumkan ibu kota Indonesia baharu itu dipindahkan dari Jakarta ke Kutai Kartanegara dan Penajam Paser Utara di Kalimantan Timur.

Menteri Perdagangan Turki, Ruhsar Pekcan berkata syarikat pembinaan Turki yang berpengalaman membangun ibu kota baharu pernah membantu memindahkan ibu kota Kazakhstan dari Almaty ke Astana, dan sedia menghulurkan bantuan berkenaan kepada Jakarta.

Beliau memberitahu, kontraktor tersebut terlibat dengan lebih 10,000 projek bernilai lebih AS$400 bilion (RM1.7 trilion) di 127 negara.

Peckan seperti dilaporkan Anadolu Agency pada Rabu berkata Turki sedia berkongsi pengalamannya.

Syarikat tersebut dikatakan mampu terlibat dalam projek pembangunan di Indonesia, Vietnam serta Filipina.

Bercakap perihal pelaburan bilateral Turki-Indonesia, Pekcan menganggap penting bagi kedua-dua negara menandatangani perjanjian demi kepentingan ekonomi dan masa depan bersama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here