Anak nampak ibu dibaham buaya

Seorang anak melihat sendiri ibunya dibaham buaya yang datang dari arah Ulu Sungai Sigut, Sarawak pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Kasim Muda berkata, anak mangsa cuba untuk menyelamatkan ibunya tetapi gagal sebelum balik bagi memaklumkan kejadian itu kepada bapanya.

“Berdasarkan laporan yang dibuat saksi (anaknya), mangsa bersama saksi pergi ke sungai tersebut untuk mandi sebelum kejadian. Kejadian itu berlaku dengan pantas,” katanya. 

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita warga emas hilang selepas disambar buaya ketika mandi di Sungai Sugut dekat Kampung Benang, Sugut, di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang ketika mangsa, Peredot Kanon, 62, mandi sambil mencuci pakaian bersama anaknya di tebing sungai berkenaan.

Secara tiba-tiba dia dilibas oleh reptilia terbabit sebelum ditarik hingga hilang ke dasar sungai dan gagal ditemui sehingga kini.

Kasim berkata, pihaknya telah menerima maklumat berhubung kejadian tersebut lebih kurang pukul 9.36 malam pada Rabu.

Sebaik menerima maklumat kejadian itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Terusan Sugut telah melancarkan gerakan mencari dan menyelamat bersama Pasukan Bomba Beluran dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here