China bina struktur di sempadan India

China telah membina struktur baharu berhampiran lokasi pertempuran sempadan Himalaya yang menyebabkan 20 tentera India mati awal bulan ini, menurut gambar satelit.

Bunker, khemah dan unit penyimpanan perkakasan ketenteraan dapat dilihat di kawasan tersebut yang tidak kelihatan pada bulan lalu.

  Ketegangan yang berlaku di negara yang memiliki kekuatan nuklear itu menimbulkan kebimbangsan.

Gambar terkini itu diterbitkan ketika kedua-dua pihak mengadakan perbincangan untuk mengurangkan ketegangan.

  Imej satelit yang bertarikh 22 Jun lalu dikemukakan dari syarikat teknologi angkasa Maxar.

Struktur itu dipercayai dibangunkan oleh China yang menghadap ke Sungai Galwan tidak terlihat dalam gambar yang diambil dari udara awal bulan Jun, lapor Reuters.

Baik India mahupun China belum memberi kenyataan berhubung isu ini.

Ajai Shukla, seorang penganalisis pertahanan terkemuka India, dalam tweetnya berkata, “terdapat sebuah kem besar China di Lembah Galwan, 1.5 kilometer (km) ke bahagian LAC (Garis Kawalan Sebenar) India”.

  Media tempatan juga memetik sumber-sumber dalam tentera India yang mengatakan penambahan struktur oleh China sudah wujud semasa pertempuran berlaku pada 15 Jun dan susulan itu perbincangan di peringkat komander diadakan.

Imej satelit dari bulan Mei tidak menunjukkan wujud struktur di kawasan yang dipertikaikan berhampiran tempat pertempuran berlaku.

Bekas diplomat India P Stobdan, seorang pakar dalam urusan Ladakh, memberitahu BBC, pembinaan itu “membimbangkan”.

“Pemerintah India tidak mengeluarkan gambar atau membuat pernyataan, jadi sukar untuk dinilai. Tetapi gambar yang dikeluarkan oleh syarikat swasta menunjukkan China telah membina infrastruktur dan masih belum menghentikanya,” katanya.

Pertempuran antara tentera India dan China di Lembah Galwan, dekat wilayah Ladakh Himalaya berlaku pada 15 Jun lalu, beberapa minggu setelah komandan tentera peringkat tinggi dari kedua-dua negara sepakat untuk “menyelesaikan situasi di kawasan sempadan itu secara damai sesuai dengan pelbagai perjanjian dua hala.”

Tentera China juga dilaporkan terkorban dalam insiden itu tetapi tidak disahkan.

Sejak pertempuran itu, kedua-dua negara kini berusaha untuk mengendurkan ketegangan secara terbuka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here