Remaja Lemas Ketika Mandi Di Air Terjun Sungai Sendat

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditemukan lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Sendat, Hulu Selangor, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Arif Azif, dilapor dihanyutkan arus sebelum tenggelam ke dasar air terjun itu dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, dalam satu kenyataan, memaklumkan mayat mangsa ditemukan pada kedalaman kira-kira 2.5 meter ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Menurut pusat berkenaan, mangsa telah diberikan bantuan pernafasan kecemasan oleh ahli Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan sebaik dibawa ke darat, sebelum pegawai perubatan kemudiannya mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

  Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Ridzuan Khalid berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here