Niaga tanpa lesen, lima kedai runcit di Banting ditutup

Lima kedai runcit tidak berlesen di sekitar Bandar Banting semalam diarah tutup selain beberapa barangan disita oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Yang Dipertuanya Mohamad Zain A Hamid berkata premis yang turut mengupah pekerja warga asing dikenakan tindakan mengikut Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDKL) 2007.

“MPKL memantau dan menjalankan operasi dari semasa ke semasa bagi membendung perniagaan tanpa lesen selain memastikan Kuala Langat bebas peniaga warga asing. Tindakan undang-undang diambil jika ingkar arahan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut mengingatkan peniaga untuk mendapatkan lesen dan memberi amaran membatalkannya jika disewakan kepada warga asing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here