Bayern Munich setuju dapatkan khidmat pemain Sane dari Man City

Bayern Munich sudah bersetuju untuk menandatangani pemain sayap Leroy Sane dari Manchester City, menurut pelbagai laporan media di Jerman dan England pada Selasa (30 Jun).

Pemain berusia 24 tahun itu dilaporkan hampir menandatangani kontrak dengan Bayern tahun lalu sebelum mengalami kecederaan lutut.

Sky Sports dan BBC melaporkan kedua-dua kelab bersetuju dengan yuran sebanyak £54.8 juta (S$95 juta) manakala akhbar Jerman, Bild melaporkan yuran “sekurang-kurangnya 50 juta euro” (S$78.30 juta).

Bild menyatakan Sane akan menandatangani kontrak lima tahun bersama juara Jerman itu dengan yuran pemindahan jauh lebih rendah daripada 100 juta euro (S$157 juta) yang disebut tahun lalu.

Kontrak Sane di Manchester City akan tamat pada Jun 2021.

Akhbar sukan Kicker menyatakan perjanjian itu semakin “dekat.”

Pemain antarabangsa Jerman itu membuat penampilan pertama Liga Perdana musim ini sebagai pemain gantian ketika berdepan Burnley minggu lalu.

Namun pengurus City, Pep Guardiola mengakui awal bulan ini bahawa Sane mungkin akan berpindah selepas menolak tawaran kontrak baru.

“Leroy berkata beliau tidak mahu menyambung kontrak musim depan dan ini bermakna beliau mahu meninggalkan kelab dan ia akan berlaku pada musim panas ini atau bila kontrak tamat,” katanya.

“Saya fikir semua orang tahu jika ada perjanjian antara kedua-dua kelab di akhir musim ini, beliau akan meninggalkan kelab.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here