Kereta langgar kedai – Pemandu parah

Bukit Mertajam, Dis 9.
Seorang lelaki cedera parah selepas keretanya terbabas dan melanggar kedai di Jalan Sungai Semambu, Kubang Semang, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 30 tahun tersepit di tempat duduk pemandu dikeluarkan anggota bomba sebelum dikejarkan ke hospital.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.27 pagi.

Apabila tiba didapati Proton Persona dipandu seorang lelaki terbabas dan melanggar sebuah kedai. Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here