Lupa Nak Ambil Pesanan, Udang Karang ‘Menakluk’ Ruangan Pejabat

Satu rakaman ‘mengejutkan’ memaparkan sebuah tingkat pejabat di China ‘dibanjiri’ dengan udang karang.

Berpuluh-puluh udang karang dilihat terlepas dari satu beg plastik dan ‘menakluk’ ruangan itu.

Sebelum itu, seorang penghantar makanan dilihat meninggalkan udang karang itu di sebuah sudut di lobi lif dan tidak diambil oleh wanita yang memesan haiwan tersebut.

Pekerja-pekerja pejabat terpaksa melompat keluar dari lif untuk melalui kawasan itu.

Wanita yang memesan udang karang itu mengambil masa lebih dari 30 minit untuk mengutip semua haiwan itu dan membawa balik ke rumah untuk dimasak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here