Kaki Bukit, Perlis merupakan sebuah pekan kecil yang majoriti penduduknya mengusahakan kebun durian dan halia. Ia menjadi tumpuan para peraih dan pembeli dari dalam serta luar negeri ini bagi mendapatkan durian yang turut digelar sebagai lubuk buah berkenaan.
Namun, ternyata pekan kecil ini mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu sebatang pokok durian berusia 120 tahun yang masih aktif menghasilkan 500 hingga 1,000 biji buah setiap tahun terutama pada bulan Julai hingga Ogos.
Dusun durian ini mempunyai lebih 10 batang pokok durian yang berusia ratusan tahun dengan setiap pokok mampu menghasilkan lebih dari 1,000 biji durian setiap musim. Pengusaha En. ALONG cuma menjual dengan harga berpatutan kira-kira RM10 sehingga RM16 bagi setiap satu kilogram.
Gigitan pertama isinya, AM terkedu sebentar.. Serius memang sedap!! Rasa duriannya memang berbeza daripada buah durian kahwin, Musang King dan pelbagai jenis durian lain kerana mempunyai keistimewaan dan kelazatan tersendiri.
Beliau menyatakan yang tidak sukar untuk menjaga pokok durian tersebut memandangkan kawasan Kaki Bukit itu sendiri bersuhu sejuk dan berkabus pada awal pagi manakala panas semasa tengahari yang faktor penyumbang kepada perkembangan dan pembesaran pokok durian.
Orang ramai yang ingin mencuba durian daripada pokok berusia ratusan tahun itu, bolehlah mengunjungi gerai Along yang terletak di Pekan Kaki Bukit ini.
Selain itu, di dusun Ah Long juga menghasilkan buah Cempedak dan rambutan yang lebat, ranum dan manis.
Menurut Than Ngui Long atau mesra dipanggil Along, pokok durian yang ada adalah peninggalan nenek moyangnya.Uniknya, saiz buah durian ini sederhana besar tetapi namun rasanya berbeza bagi setiap buah dan harga buah durian hasil pokok berusia 120 tahun.