Hujan lebat di barat Jepun: 75,000 diarah pindah

Kira-kira 75,000 penduduk diarah kosongkan kediaman di barat Jepun susulan hujan lebat akibatkan banjir dan tanah runtuh.

Kejadian tersebut turut mengakibatkan ratusan penduduk terkandas dengan 13 individu dilaporkan hilang setakat ini.

Agensi berita NHK melaporkan aktiviti mencari dan menyelamat tiga mangsa di Kumamoto sedang giat dijalankan.

Sementara itu, agensi cuaca negara itu mengeluarkan amaran tahap tertinggi berhubung hujan lebat di Kumamoto dan Kagoshima dekat Pulau Kyushu.

Rakaman televisyen memaparkan kenderaan tenggelam di kawasan parkir berhampiran limpahan sungai, manakala beberapa jambatan turut dilaporkan runtuh.

Beberapa perkhidmatan kereta api, termasuk kereta api laju Shinkansen digantung di wilayah berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here