Yusoff Rawther didakwa lagi, miliki dua pistol tiruan

Kuala Lumpur, Okt-
Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan memiliki dua pistol tiruan, bulan lalu.

Muhammed Yusoff Rawther, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, S. Mageswary.

Mengikut pertuduhan, Muhammed Yusoff didakwa memiliki dua senjata itu di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini, pada jam 9.25 pagi, 6 September lalu.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Mageswary tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 12 November depan untuk sebutan semula kes itu.

Pada 12 September lalu, dia didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram, dalam kenderaan dinaikinya, di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada jam 10.15 pagi, 6 September.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here