Pejabat My Watch Sanjeevan dipecah masuk

Pejabat Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk Seri Sanjeevan Ramakrisnan di Kajang dipecah masuk semalam dan beberapa alatan didapati dirosakkan serta dicuri.

Sanjeevan mendakwa insiden itu berkemungkinan ada kaitan dengan pendedahannya mengenai kes judi baru-baru ini.

Katanya laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang malam tadi. 

“Ini ada kaitan dengan pendedahan saya mengenai premis-premis judi kebelakangan ini?

“Biar polis jalankan siasatan mereka dan cari punca atau pelaku,” catat Ketua Pemuda Negara Negeri Sembilan di Twitter.

Katanya antara barang yang hilang adalah komputer riba.

Sebelum ini Sanjeevan mendakwa menerima beberapa mesej daripada orang awam yang mengadu tentang kewujudan premis judi dan pelacuran di kawasan mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here