ANJING MENYELAMATKAN DUA ADIK BERADIK DARI KEBAKARAN

IPOH –

Kebakaran yang memusnahkan bangunan lama Jalan Lahat, Ipoh meragut nyawa seorang warga emas.

Api mula merebak pada pukul 6 petang Rabu. Suatu block kedai rumah 3 tingkat musnah seratus peratus dalam kejadian itu. Seorang penghuni rumah dalam kedai itu, Mahalingam (70 Tahun) meniggal dalam kejadian itu. Dia tinggal di tingkat 3 bangunan terbabit itu.

Dua adik beradik perempuan yang tinggal di tingkat bawah kedai itu selamatkan diri dari kebakaran itu. Mereka diselamatkan daripada terperangkap dalam api marak itu kerana pada masa itu mereka keluar  untuk bagi makanan kepada anjing dan kucing yang berkeliaran di sekitar kawasan itu.

Dua wanita itu P. Eswary (57 Tahun), P. Gandhiammal (67 Tahun) tinggal bersama abang mereka yang bernama Moorthy di situ lebih 40 tahun lalu. Abang mereka menjual surat kahbar di kedai yang sama dan menjadikan sebahagian kedai itu sebagai tempat tinggal mereka.

Adik beradik itu mejadikan bagi makanan kepada anjing dan kucing berkeliaran disitu sebagai amalan harian mereka. Oleh kerana masa kebakaran mereka keluar seperti biasa untuk bagi makanan kepada anjing dan kucing mereka elakkan diri mereka dari terperangkap dalam api itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here