MTUC DAN SEGI BEKERJASAMA TANGANI MASALAH PENGANGGURAN AKIBAT COVID-19

Subang Jaya

Gerakan kesatuan sekerja terbesar dalam negara dan sebuah kumpulan pendidikan terkemuka hari ini menandatangani kerjasama pertama untuk memberikan pelbagai jenis latihan peningkatan diri serta kaunseling percuma bagi mereka yang hilang pekerjaangara-gara kemelesatan yang disebabkan oleh Covid-19.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan SEGi Group of Colleges (SGC) menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memberikan peningkatan kemahiran, latihan tambahan dan perkhidmatan sokongan kepada mereka yang terjejas dari Covid-19 serta golongan penganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah yang sedang mencari kerja.

Kerjasama antara MTUC dan SGC ini muncul pada masa yang tepat ketika hampir 800,000 pekerja dilaporkan hilang pekerjaan dalam suku pertama tahun ini disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerajaan untuk membendung penyebaran Covid-19.

Dalam tempoh itu, banyak perniagaan terpaksa ditutup dan ini telah mengakibatkan pemberhentian atau penamatan kerja yang meluas di seluruh negara. Ramai pekerja juga terpaksa mengambil potongan gaji yang besar atau cuti tanpa gaji.

Walaupun ekonomi tempatan sedang pulih secara beransur, masalah pengangguran dan kekurangan peluang pekerjaan yang baik terus mendapat perhatian umum. Tambahan pula, ribuan siswazah baru memasuki pasaran pekerjaan yang semakin susut.

Perjanjian ini membolehkan MTUC menyenarai pendek dan membantu individu yang terjejas mendapatkan latihan kemahiran insaniah atau teknikal, pensijilan profesional atau perkhidmatan kaunseling berdasarkan keperluan individu. Bagi yang mempunyai anak-anak yang ingin menuntut di institusi pengajian tinggiswasta, mereka juga mempunyai pilihan untuk meneroka peluang pendidikan fleksibel di SGC.

Pengarah SEG International Bhd Dato’ Seri Dr. Mohamed Azahari Kamil (kiri, tengah) dan Presiden MTUC Datuk Abdul Halim Mansor di menandatangani MoU untuk memberikan latihan peningkatan diri serta perkhidmatan sokongan pekerjaan bagi rakyat Malaysia yang masih menganggur. Bersama mereka adalah Pengarah Eksekutif SEGi Holdings Sdn Bhd, Dr. Lisa Tan (kiri) dan Setiausaha Agung MTUC, J. Solomon (kanan).

Pihak SGC pula akan mengenal pasti program yang sesuai, termasuk latihan kemahiran insaniah dan kursus profesional jangka pendek untuk meningkatkan kebolehkerjaan dan kebolehpasaran individu terbabit.

Individu yang disyorkan oleh pihak MTUC boleh menghantar resume untuk dikongsi ke seluruh rangkaian professional SEGi yang merangkumi Rakan Korporat serta ahli persatuan alumni mereka yang kini bekerja dalam pelbagai sektor.

“Ini merupakan peluang baik bagi SGC untuk melaksanakan tanggungjawab sosial dan menyediakan penyelesaian alternatif untuk rakyat Malaysia. Kerjasama ini penting untuk bantu tangani cabaran pengangguran yang tinggi berikutan pandemik ini,” kata Dato’ Seri Dr. Mohamed Azahari Kamil, Pengarah, SEG International Bhd.

“Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi swasta, SEGi mempunyai hubungan baik dengan rakan korporat dari pelbagai industri. Kampus Subang Jaya kami sahaja telah memeterai perjanjian dengan 25 rakan korporat baru-baru ini. Ia juga berjaya menempatkan lebih 200 pelajar untuk latihan industri, kerja separuh-masa serta penempatan graduan walaupun negara masih dilanda wabak Covid-19. Kami turut bekerjasama dengan ahli alumni SEGi yang kini merupakan usahawan berjaya atau berada di posisi tinggi dalam bidang masing-masing. Melalui inisiatif ini, SGC boleh menghantar profil dan resume berpotensi kepada rangkaian mereka untuk meluaskan peluang pekerjaan bagi mereka yang terjejas,” kata beliau.

Pengarah SEG International BhdDato’ Seri Dr. Mohamed Azahari Kamil (kiri) danPresiden MTUC Datuk Abdul Halim Mansor di majlis menandatangani MoU untuk memberikan latihan peningkatan diri serta perkhidmatan sokongan pekerjaan bagi rakyat Malaysia yang masih menganggur.

“Apabila negara dilanda Covid-19, SGC telah menganjurkan Program Crossover untuk memberikan khidmat bantuan perkembangan kerjaya dan sokongan penempatan pekerjaan. CROSS bermaksud Penilaian Kerjaya (Career Assessment), Penulisan Resume (Resume Writing), Kewujudan dalam Talian (Online Presence), Teknik Pemasaran Diri (Selling Yourself), dan Peningkatan Kemahiran (Skills Enhancement). Individu yang mendaftar diberikan latihan kemahiran, latihan penempatan dan latihan pasca penempatan dengan bantuan bakal majikan. Ini dapat membantu majikan menjimatkan kos pengambilan dan latihan serta mencari calon pekerja yang sesuai untuk organisasi mereka,”jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau juga menyatakan hasrat dan harapan agar hubungan SEGi dan MTUC dapat memberi inspirasi kepada semua pihak dan melengkapi ikhtiar#kitajagakita.

Sementara itu, Presiden MTUC, Datuk Abdul Halim Mansor berkata kerjasama seperti ini dapat memberikan jalan penyelesaian alternatif bagi masalah pengangguran yang dihadapi oleh sebilangan besar rakyat Malaysia pada masa kini.

“Sebagai kesatuan kebangsaan buruh negara yang mewakili 15 juta pekerja, kami sering menerima laporan pemberhentian pekerja danpenamatan kerja yang tidak adil. Ada juga yang terpaksa menerima pemotongan gaji yang besar sehingga menyukarkan lagi keadaan kewangan diri dan keluarga.”

“MoU yang dimeterai hari ini akan menyediakan kerangka bagi mereka yang kehilangan kerjaserta golongan belia atau graduan baru untuk memperbaikikemahiran dan pengetahuan bagi meningkatkan lagi keboleh pasaran masing-masing. Kami yakin bahawa mereka yang mendaftar untuk program ini mempunyai peluang cerah dalam mengubah kehidupan mereka,” kata Datuk Abdul Halim.

MoU tersebut ditandatangani oleh Datuk Abdul Halim danDato’ Seri Mohamed Azahari dan turut serta disaksikan oleh Setiausaha Agung MTUC, J. Solomon dan Pengarah Eksekutif SEGi Holdings Sdn Bhd, Dr. Lisa Tan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here