SOP PKPP diketatkan semula: Ismail Sabri

Kerajaan hari ini bersetuju secara dasar untuk mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil susulan kebimbangan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di negara ini dalam tempoh hampir seminggu ini.

“Secara dasarnya keputusan ini dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP hari ini.

“Jawatankuasa teknikal akan berbincang esok untuk memperincikan SOP dan akan dibentangkan pada mesyuarat menteri-menteri Isnin ini,” katanya pada sidang akhbar perkembangan PKPP di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here