Pelancongan popular di Semporna

Langkah kerajaan menggalakkan pelancongan domestik ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagaikan menyambung ‘talian hayat’ untuk pemain industri pelancongan di Sabah untuk kembali ‘bernafas’ dan menjalankan aktiviti seperti biasa tetapi dalam kebiasaan baharu.

Bagi menyahut saranan kerajaan, Persatuan Pelancongan Sabah (STA) bersama Tourism Malaysia (TM) Sabah serta MASwings baru-baru ini menganjurkan Program Lawatan Suai Kenal ke Semporna selama empat hari, tiga malam membawa 28 peserta termasuk ahli media, untuk merasai pengalaman bercuti ke pulau peranginan di daerah ini dengan mengikuti tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.

Sepanjang pendakian ke puncak kira-kira 45 minit, peserta lebih suka mendaki secara santai sambil menikmati pemandangan hutan tropika pulau itu yang kaya dengan khazanah flora dan fauna termasuk spesies burung tropika eksotik.

Menurut Ranjer Taman Taman Sabah, Suryan Azizi, Bohey Dulang antara lapan pulau dalam Taman Marin Tun Sakaran yang wajib dikunjungi pelancong selain Pulau Mantabuan dan Sibuan.

“Bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, 28,562 pelancong domestik dan antarabangsa berkunjung ke Pulau Bohey Dulang,” katanya.

Sewaktu di Taman Marin Tun Sakaran, rombongan turut dibawa ke Pulau Sibuan yang terkenal dengan air laut yang biru serta pasirnya yang putih, selain ke Pulau Mantabuan untuk aktiviti ‘snorkeling’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here