MPS sita khemah pengusaha bengkel kenderaan

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) meroboh dan menyita khemah milik pengusaha bengkel kenderaan di Jalan SBC 3, Taman Sri Batu Caves, Gombak.

Pengarah Jabatan Korporatnya berkata tindakan dibuat pada Isnin selepas pengusaha bengkel terbabit meletakkan khemah di kawasan parkir kereta sehingga mengganggu orang ramai.

“Satu notis halangan mengikut Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta133) dikeluarkan kepada pihak berkaitan bagi mengalihkan sendiri halangan itu pada 30 Julai lalu.

“Bagaimanapun, peniaga gagal berbuat demikian dalam tempoh diberikan,” kata Mohamad Zin Masoad dalam kenyataan.

Beliau berkata peniaga diberi amaran supaya sentiasa mematuhi peraturan seperti dalam syarat lesen perniagaan dan tidak mendirikan atau meletakkan sebarang halangan di kawasan awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here