Mayat mangsa hilang ditemui di Marudi

Mayat mangsa yang dikhuatiri hilang selepas perahu dinaiki karam di Long Mewah, Marudi di sini Sabtu lalu, berjaya ditemui pada petang semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, mayat mangsa pertama ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 4.30 petang.

“Jarak lokasi mangsa dijumpai adalah kira-kira 15 minit di hilir lokasi perahu karam.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar beliau, operasi SAR untuk mangsa kedua ditangguhkan pada sebelah petang kerana cuaca semakin gelap.

Terdahulu, mangsa, Eduin Jala, 47 dan Franky Setiawan Jena, 14, dikhuatiri hilang selepas perahu yang dinaiki karam akibat terlanggar batu semasa dalam perjalanan balik daripada memancing pada jam 9.30 malam, Sabtu lalu.

Difahamkan, dua mangsa terbabit hanyut dibawa arus sungai deras manakala tiga lagi yang bersama mereka ketika itu berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here