Pilihanraya Sabah pada 26 September

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memutuskan 26 September depan sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom, berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 12 September, manakala hari mengundi awal pada 22 September.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 30 Julai lalu mengumumkan pembubaran Dun Sabah berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri dalam tempoh 60 hari selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Pengumuman Shafie itu dibuat beberapa jam selepas bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, mendakwa blok pembangkang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan apabila Dewan Rakyat pada Julai tahun lalu, meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah.

Kesemua 13 DUN itu ialah N02 Bengkoka, N06 Bandau, N08 Pintasan, N13 Pantai Dalit, N17 Darau, N24 Tanjung Keramat, N27 Limbahau, N44 Tulid, N47 Telupid, N51 Sungai Manila, N58 Lamag, N61 Segama dan N70 Kukusan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here