PBT patut bantu penganjur perketat SOP, bukan tutup bazar Ramadan

Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sewajarnya hanya perlu membantu memberi kerjasama supaya penganjur Bazar Ramadan memperketatkan SOP dan bukannya menutup pasar tersebut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain, arahan penutupan Bazar Ramadan mulai 1 Mei yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melibatkan 22 lokasi di sekitar negeri Johor, Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sementara itu katanya, 8 lokasi adalah melibatkan Bazar Ramadan di Pulau Pinang.

“Adalah dicadangkan supaya PBT membenarkan pembukaan Bazar Ramadan tersebut dengan memperketatkan SOP dan memberi kerjasama dengan pihak penganjur bazar tersebut bagi membantu peniaga dan penjaja mematuhi SOP yang diperketatkan atau SOP yang diperlukan.

” Kita mengakui usaha-usaha yang dilaksanakan bagi menyekat penularan wabak Covid-19 diperlukan kerana peningkatan kes-kes positif.

“Namun begitu, perlu dipertimbangkan juga nasib peniaga, penjaja dan peruncit dimana mereka perlu dibenarkan berniaga kerana ia merupakan punca pendapatan utama sebahagian besar mereka.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah dua kali dilaksanakan dan punca pendapatan golongan peniaga, penjaja dan peruncit ternyata turut terjejas dan mereka perlu diberi dokongan,” tegas beliau dalam satu kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here