Ratusan Ikan Paus Dilapor Tersangkut Berdekatan Pantai Tasmania, Kira-Kira 25 Ekor Dipercayai Telah Mati

Sebanyak lebih kurang 270 ikan paus dilaporkan tersangkut di dua tebing pasir dan satu pantai berhampiran Pelabuhan Macquarie, pantai barat Tasmania.

Menurut BBC, sekurang-kurangnya 25 ekor paus dipercayai telah mati sementara ahli pemuliharaan melakukan kerja-kerja menyelamat di lokasi berkenaan.

Misi tersebut dijadualkan bakal bermula pada pagi Selasa untuk membebaskan paus yang tersangkut.

Pasukan pemuliharaan laut Tasmania dilaporkan telah menilai status kesihatan ikan paus yang terdampar di tiga lokasi berhampiran Macquarie hari ini.

Menurut Nic Deka, pengawal kejadian dari Jabatan Industri Primer, Taman, Air dan Persekitaran Tasmania, keadaan paus di dalam air berkenaan sukar untuk dipastikan.

“Mereka di dalam air. Sukar untuk memastikan berapa banyak yang telah mati atau keadaan mereka.”

Tasmania dikenali sebagai lokasi yang sering dikunjungi paus yang berulang alik ke Antartika. Pun begitu, kejadian ini dilaporkan pertama kali berlaku selepas sekurang-kurangnya 10 tahun.

Susulan itu, pihak polis menggesa orang ramai agar menjauhkan diri dari lokasi berkenaan di samping meninggalkan tanjakan bot tempatan bagi pasukan penyelamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here