Kanak-kanak lelaki ditemui di kawasan loji

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui di kawasan loji di Taman Juara Jaya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 9.40 pagi.

“Kanak-kanak yang lengkap berpakaian baju-T berwarna merah, berseluar putih dan tidak memakai selipar itu ditemui dalam keadaan terbaring.

“Tiada sebarang butiran maklumat diperoleh daripada kanak-kanak lelaki berkenaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, kanak-kanak tersebut telah dihantar ke Hospital Kajang dan masih ditempatkan di Bahagian Kecemasan untuk rawatan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohd Faeez Norzah di talian 013-2773407 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here