Lagi tahanan lolos maut kemalangan

Tapah, Feb 5.
Seorang lagi tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 332.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan, malam tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata polis menerima laporan kejadian terbabit daripada orang awam kira-kira jam 9.20 malam.

Katanya, kemalangan berkenaan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan seorang pejalan kaki.

“Mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.”Mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat.

“Pegawai Jabatan Imigresen ke hospital berkenaan dan mengesahkan mangsa seorang tahanan yang lolos dari depot pada Khamis malam lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here