Menteri Kewangan negatif Covid-19

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan keputusan ujian saringan koronavirus (Covid-19) yang dilakukannya semalam adalah negatif.

Beliau memaklumkan sudah menerima keputusan terbabit pada pagi tadi.

“Pagi ini, saya telah menerima keputusan ujian saringan Covid-19.

“Alhamdulillah, keputusannya negatif. Namun, saya akan terus berada di rumah menjalani pemantauan kesihatan kendiri.

“Tugasan dan komitmen kerja juga akan diteruskan dari rumah. Terima kasih semua atas doa dan ucapan selamat,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook rasmi beliau hari ini.

Semalam, beliau mengesahkan sudah melakukan ujian saringan Covid-19 dan menjalani pemantauan kesihatan di rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here