Saya tidak sokong Calon PM- Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak ada memberikan sokongan kepada mana-mana individu untuk membolehkannya menjadi perdana menteri.

Dalam satu kenyataan yang dibuat menerusi video itu, bekas perdana menteri dua kali itu berkata, parti yang ditubuhkannya iaitu Pejuang adalah sebuah parti bebas yang tiada kaitan dengan mana-mana parti atau individu.

“Saya diberitahu kononnya saya menyokong sesaorang daripada calon yang ingin menjadi perdana menteri.

“Saya ingin menyatakan saya tidak memberikan sokongan kepada sesiapapun sebagai calon untuk jadi perdana menteri.

“Saya sendiri berada dalam parti baharu saya iaitu Pejuang dan parti ini bebas dan tiada kaitan dengan mana-mana parti atau individu yang mempunyai cita-cita untuk mendapatkan sesuatu jawatan,” kata Dr Mahathir dalam video satu minit itu.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap tidak ada lagi mana-mana pihak membuat dakwaan beliau menyokong mereka.

“Tiada sokongan,” kata Tun Mahathir melalui klip video yang disiarkan dalam facebook dan youtube itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here