Selepas Pilihan Raya Negeri, Kami Terima Hampir 100 Sampel

Kes Covid-19 di Malaysia akhir-akhir ini, menunjukkan peningkatan yang agak ketara terutamanya di negeri Sabah setelah berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri tersebut.

Seorang gadis yang  berkongsi di Twitternya, mengenai prosedur yang dilakukan oleh petugas-petugas makmal bagi memeriksa sampel yang telah diambil menerusi ujian swab. Tambahan pula, ujian swab ini sangat penting dalam menentukan sama ada individu tersebut positif atau negatif Covid-19.

Menurut Asriah, selepas PRN Sabah dijalankan pihak makmal menerima hampir 100 sampel yang perlu diperiksa. Malahan, terdapat satu hari pihaknya menerima hampir 110 sampel untuk diperiksa. Namun, sesetengah individu menganggap pihak makmal dapat membuat pemeriksaan sampel tersebut dengan mudah dan cepat.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here