Rembau. Julai-
Empat penumpang cedera ringan selepas bas ekspres membawa 30 penumpang melanggar bahagian belakang treler di Kilometer 243.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) (U), di sini, awal pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata bomba menerima panggilan jam 2.52 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau dengan bantuan BBP Kota serta Senawang ke lokasi kejadian.
Jelasnya, Komander Operasi, PBK I Mohd Kassim Arippin melaporkan terdapat 30 penumpang terdiri daripada 13 lelaki dewasa, 16 wanita dewasa, dan seorang kanak-kanak.
“Empat wanita dewasa cedera ringan. Semua penumpang keluar sendiri dari bas sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi,” katanya. Mangsa yang cedera ringan diberikan rawatan awal sebelum ketibaan ambulans di lokasi kejadian.




















