Bilakah pilihan raya negeri Sarawak? Ini jawapannya

Bilakah masa yang terbaik untuk mengadakan PRN-12 Sarawak?

Soalan ini relevan ketika tempoh penggal DUN Sarawak semakin mendekati tarikh akhir.

Dari segi perlembagaan, PRN Sarawak perlu diadakan sebelum Jun tahun depan.

Menurut Ahli Parlimen Santubong yang juga bekas Spekaer Dewan Rakyat, PRN Sarawak tidak boleh dihindari kerana penggal DUN akan segera berakhir.

“Tetapi persoalannya, bilakah PRN akan diadakan,”  katanya.

Beliau yang juga Ahli MKT PBB dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, jika  PRN diadakan, prosedur operasi standard khas perlu diadakan.

Beliau berkata, pihaknya menyokong gesaan Ketua menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg supaya SPR merumuskan SOP yang sesuai untuk PRN itu nanti.

Pemerhati politik berkata, kemungkinan besar PRN Sarawak akan diadakan pada akhir tahun  ini atau pada suku pertama tahun depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here