Kedutaan Jerman Kecewa Bahasa Digunakan Dr Mahathir

Kedutaan Jerman di Malaysia hari ini meluahkan rasa kecewa dengan bahasa yang digunakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam media sosialnya ketika mengulas insiden serangan di Nice, Perancis.

”Sepatutnya hari ini (selepas kejadian serangan itu) kita tidak perlu menyatakan apa-apa tetapi memberi kenyataan solidariti kepada mangsa-mangsa keganasan.

”Jerman berkongsi keperitan dan penderitaan yang dirasai oleh rakan karibnya, Perancis,” menurut kedutaan itu melalui hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

Pada Khamis, Ahli Parlimen Langkawi itu menerusi ciapan di akaun Twitternya menyatakan bahawa orang Islam mempunyai hak ‘untuk membunuh berjuta-juta rakyat Perancis’ ketika mengulas peristiwa serangan maut di Perancis, yang kemudian mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa dan mendorong Twitter memadam ciapan tersebut.

Bagaimanapun, Dr Mahathir dalam blognya hari ini menjelaskan bahawa hantaran dalam media sosialnya itu telah diambil di luar konteks dan disalah tafsir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here