Pawagam Seluruh Malaysia Tutup Semula

Hari ini, Persatuan Pempamer Filem Malaysia (MAFE) akan menutup sementara operasi semua pawagan di seluruh Malaysia bermula November ini selepas kerajaan Malaysia mengumumkan PKPB di beberapa kawasan termasuk Lembah Klang.

Perkara ini dikongsikan menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh MAFE tentang penutupan sementara kesemua pawagam tersebut.

Keputusan ini diambil untuk memastikan pawagam tidak mengalami kerugian besar dan memandangkan banyak filem yang terpaksa ditangguhkan, jadi mereka mengambil keputusan untuk menutup sementara sehingga keadaan pulih seperti biasa.

Penutupan ini juga untuk memastikan pawagam mampu untuk diteruskan pada masa akan datang. Memandangkan industri ini merupakan antara yang terjejas teruk sejak musim pandemik Covid-19.

Timbalan Presiden Mafe Cheah Chun Wai berkata walaupun ini satu keputusan yang sukar tetapi ini adalah keputusan yang harus diambil ketika ini. Keputusan ini hanya sementara dan mereka akan ikuti perkembangan semasa Covid-19 sebelum pengumumkan untuk pembukaan semula pawagam.

“Industri itu bukan melibatkan pemilik pawagam semata-mata, tetapi pelakon, kru penggambaran dan semua yang terbabit dalam “menjadikan filem sesuatu yang bermakna”, katanya lagi dalam kenyataan rasmi tersebut.

Walaupun dalam keadaan yang sukar dari hari ke hari tetapi industri ini tetap akan kuat kerana ia merupakan tempat hiburan pertama di hati rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here