Pengasas KK Mart, isteri hadapi tuduhan jual stoking kalimah Allah

Shah Alam, Mac.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana melukakan perasaan orang Islam berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka berkenaan.

Turut didakwa, isterinya yang juga pengarah syarikat, Datin Seri Loh Siew Mui, atas kesalahan sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 298 KK yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Kee Kan, 57, dan Siew Mui, 53, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim, Muhamad Anas Mahadzir.

Mengikut pertuduhan, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd berniat dengan sengaja melukakan perasaan agama orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan yang telah dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here