Jumlah kematian gempa bumi Turki cecah 69 orang

Usaha mencari dan menyelamat diteruskan di wilayah Aegean Turki pada Ahad petang apabila gempa berkekuatan 6.6 skala Richter melanda wilayah itu, lapor Agensi Anadolu.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turki berkata, angka kematian akibat gempa pada Jumaat lalu meningkat kepada 69 orang.

“Sejak 7 malam waktu tempatan (1600GMT), sekitar 987 gempa susulan, dengan 43 daripadanya yang bermagnitud lebih empat melanda kawasan itu.

“Seramai 949 orang mengalami kecederaan, manakala 729 daripadanya telah dibenarkan keluar dari hospital dan 220 lagi masih dalam rawatan,” kata AFAD.

Pusat penginapan sementara turut diwujudkan bagi memenuhi keperluan mendesak di Izmir dan setakat ini, 1,040 khemah telah dipasang, dengan lebih 1,430 lagi dalam proses pemasangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here