Covid-19: Ikea Damansara ditutup hari ini

Ikea Damansara ditutup hari ini selepas seorang pekerja sambilan disyaki dijangkiti koronavirus (Covid-19).

Ikea Damansara dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya memaklumkan individu tersebut kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa dan menunggu untuk menjalani ujian saringan.

“Hari terakhir individu tersebut bekerja adalah pada 30 Oktober lalu.

“Sebagai langkah pencegahan proaktif, kedai kami akan ditutup pada 7 November (hari ini) untuk menjalani pembersihan dan sanitasi seperti mana yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Menurutnya, Ikea Damansara akan beroperasi semula pada 8 November ini.

“Kami akan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa dan menuruti seperti mana yang diarahkan.

“Kami juga akan memastikan semua langkah pencegahan diambil untuk keselesaan dan keselamatan semua orang.

“Langkah-langkah ini merangkumi aplikasi MySejahtera untuk pengesanan kontak rapat, penjarakan fizikal, pengambilan suhu dan kemudahan sanitasi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here