Lori sarat muatan balak terbabas, pemandu cedera

Seorang pemandu lori balak berdepan detik cemas apabila kenderaan sarat muatan balak dipandunya hilang kawalan lalu terbalik di Kilometer (KM) 84 Jalan Jerangau- Jabor di sini, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu menyebabkan lori yang dipandu Nasip Supiadi Hamani, 61, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dalam keadaan hujan lebat.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kenderaan berat itu terbalik menyebabkan kayu balak bertaburan di atas jalan raya.

“Mangsa bernasib baik hanya mengalami kecederaan ringan iaitu luka kecil di pipi sebelah kiri dan mendapat rawatan di Hospital Dungun.

“Insiden itu juga menyebabkan lori mengalami kerosakan di bahagian depan dan belakang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Jelasnya, siasatan awal di lokasi mendapati bentuk jalan lurus dan semasa kejadian, cuaca hujan selain permukaan jalan tidak rata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here