Polis panggil penganjur perhimpunan haram

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata penganjur telah melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak memberikan notis pemakluman kepada pihak polis.

“Polis telah kenal pasti penganjur dan akan panggil mereka untuk beri keterangan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dataran Merdeka .

Perhimpunan selama dua jam bermula 6 petang itu dihadiri kira-kira 40 individu yang membantah pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Peserta perhimpunan kemudian dilihat berarak dari sebuah pusat membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here