1.7 juta pelajar hadapi ‘miskin digital’?

Baru-baru ini seorang wakil rakyat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah membangkitkan isu ‘miskin digital’, yang ramai melihat hanya dari segi keupayaan ekonomi seseorang dalam memiliki komputer, telefon dan akses kepada sambungan internet pantas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, ‘miskin digital’ juga merujuk kepada individu yang tidak mahir menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu dilaporkan berkata, seseorang itu dianggap ‘miskin digital’ jika tidak mahir menggunakan ICT kerana dalam dunia hari ini, orang ramai bekerja, berniaga dan berurusan melalui dalam talian.

Pada hari sama, ahli-ahli parlimen dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat turut menyentuh mengenai isu jurang digital dan cabaran pendidikan pasca Covid-19.

Dengan penutupan sekolah sehingga Januari tahun hadapan, mahu tidak mahu, lebih 4.7 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terpaksa meneruskan sesi pengajian secara dalam talian.

Ini tidak termasuk ratusan ribuan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang turut terjejas.

Pun begitu, realiti pembelajaran dalam talian adalah normal baharu yang telah diterima ibu bapa di Malaysia akibat penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here