LZS bantu gelandangan OKU, sedia rumah lebih selesa

Lembaga Zakat Selangor (LZS) membantu seorang gelandangan yang juga orang kelainan upaya (OKU) mendapat kediaman lebih selesa.

Agensi itu berkata Ahmad Azman Sulaiman kategori OKU lembam namun boleh menguruskan diri sebelum ini tinggal di pondok pusat belian padi dan sawit Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Besar.

“Berdasarkan maklumat serta bancian, LZS dapati beliau layak dikategorikan sebagai asnaf miskin.

“Atas inisiatif zakat Selangor daerah Sabak Bernam dan dibantu oleh penolong amil kariah telah menemui rumah sewa yang sesuai untuk diduduki oleh beliau seorang. Bayaran sewa dibantu mulai bulan ini,” kata LZS menerusi Facebook.

LZS turut menyediakan kelengkapan lain seperti tikar getah, katil dan tilam bagi memastikan asnaf berkenaan selesa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here