COVID19- Raja Sepanyol asingkan diri

Raja Felipe VI dari Sepanyol mengasingkan diri selepas mempunyai kontak dengan seorang individu yang didapati positif COVID-19, kata pihak istana kelmarin.

“Seorang individu yang beliau mempunyai kontak pada Ahad didapati positif COVID-19 kelmarin,” kata pihak istana dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa raja berusia 52 tahun itu menangguhkan semua aktiviti rasmi selama 10 hari.

“Dalam mematuhi arahan kesihatan, beliau akan menjalani kuarantin pencegahan selama 10 hari bermula sekarang,” kata kenyataan itu.

Ratu Letizia dan kedua-dua puteri pasangan diraja itu, Leonor dan Sofia, dapat meneruskan aktiviti mereka seperti biasa, tambahnya.

Puteri Mahkota Leonor, 15, dikuarantinkan selama dua minggu pada September selepas jangkitan COVID-19 dikesan di kalangan rakan sekelasnya. Beliau kemudian didapati negatif.

Sepanyol adalah antara negara yang paling teruk dilanda COVID-19 dengan lebih 1.5 juta kes dan lebih 43,000 kematian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here