Polis gempur kem pendatang di tengah Paris

Polis menggunakan gas pemedih mata ketika mereka memansuhkan kem pendatang baharu di te-ngah Paris yang didirikan untuk menempatkan beratus-ratus pendatang yang dipindahkan dari pusat perlindungan sementara subbandar tanpa ditempatkan semula di kawasan lain.

Anggota sukarelawan telah membantu mendirikan kira-kira 500 khemah biru di Place de la Republique di tengah ibu kota Perancis itu pada lewat kelmarin, yang segera dipenuhi oleh pendatang, majoriti dari Afghanistan.

Kira-kira sejam kemudian anggota polis tiba untuk membongkar kem, meroboh-kan khemah, ada yang ter-dapat orang di dalamnya, dengan bantahan dari pendatang dan cemuhan dari anggota sukarelawan.

“Mereka sangat kejam,” kata Shahbuddin sambil menangis, seorang rakyat Afghanistan berusia 34 tahun yang memakai ‘beanie’ kelabu di kepalanya selepas dipaksa keluar dari khemahnya.

“Kami hanya mahukan tempat berteduh.”

Polis kemudian menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan bahagian lain kem tersebut, menghalau pendatang keluar ke jalan raya di tengah Paris.

Tindakan merobohkan kem baharu muncul se-minggu selepas pendatang dipindahkan dari pusat perlindungan sementara di subbandar utara Saint-Denis tanpa ditempatkan semula di tempat lain.

Ian Brossart, timbalan datuk bandar yang bertanggungjawab bagi perumahan, penempatan kecemasan dan perlindungan pendatang, mengutuk respons undang-undang dan ketenteraman itu terhadap situasi sosial.

Menteri dalam negeri Perancis Gerald Darmanin kemudian berkata, gambar-gambar yang menunjukkan tindakan merobohkan itu amat mengejutkan dan beliau sudah mengarahkan polis bandar mengemukakan satu laporan mengenai tindakan pengusiran tersebut.

Paris merupakan satu bahagian utama persinggahan dalam laluan pendatang ke Eropah, dengan khemah kerap kali muncul di sekitar bandar hanya untuk dimusnahkan oleh polis dalam masa beberapa bulan kemudian.

Ribuan orang telah membuat perjalanan dari Paris ke pelabuhan Calais dan cubaan untuk menumpang gelap dalam trak-trak yang merentasi Selat ke England. Sekumpulan kecil pendatang cuba menyeberangi dengan menggunakan bot.

Kerja-kerja pemusnahan muncul selepas kerajaan Perancis meluluskan satu undang-undang keselamatan yang dipinda yang akan menghalang penerbitan gambar atau video menunjukkan wajah anggota polis ketika mereka menjalankan tugas di tempat awam.

Beberapa kesatuan media berkata ini akan memberikan lampu hijau kepada polis untuk menghalang wartawan menjalankan tugas mereka dan berpotensi merakamkan salah laku oleh pasukan ke-selamatan.

“Kami berada di sini untuk menunjukkan bahawa kami tiada tempat lain untuk berteduh,” kata Murtaza, 20,  yang berasal dari Afgha-nistan.

“Kami tidak boleh hidup seperti haiwan, kami hanya mahu menuntut perlindungan suaka,” tambahnya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here