Suruhanjaya rasuah tangkap menteri INDON

Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) menangkap Menteri Kelautan dan Perikanan Edhy Prabowo, Rabu hari ini.

“Benar, kita telah menangkap sejumlah orang pada malam dan dinihari tadi,” kata Wakil Ketua KPK Nawawi Pomolango saat dikonfirmasi, Rabu pagi seperti dipetik Kompas.

Nawawi dilaporkan belum dapat memberikan maklumat lanjut terkait penangkapan menteri terbabit.

“Maaf selebihnya nanti saja, saya masih dalam perjalanan ke pejabat,” ujar Nawawi.

Sementara itu, Media Tempo melaporkan bahawa Edhy ditangkap di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta sekembalinya beliau dari lawatan ke Amerika Syarikat.

Akan tetapi, BBC News Indonesia melaporkan belum dapat mengesahkan laporan tersebut.
“Belum diketahui pula apa tuduhan yang mendasari penangkapan itu,” kata BBC lagi.

Pada 19 November lalu, portal rasmi Kementerian Kelautan dan Perikanan menyatakan Menteri Edhy Prabowo bertolak ke Amerika Syarikat untuk memperkuat kerjasama bidang kelautan dan perikanan dengan salah satu lembaga penyelidikan di AS.

“Kerjasama ini disebut dalam rangka mengoptimumkan budidaya udang secara berkelanjutan di Indonesia,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here