Ahli Parlimen Lahad Datu keluar WARISAN

Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan menjadi wakil rakyat bebas di Dewan Rakyat. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama turut mengumumkan menjadi ADUN Bebas mesra kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau adalah pemimpin kedua WARISAN meninggalkan parti itu bulan ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, 8 Oktober lalu. Berikutan tindakan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu, WARISAN sehingga kini kehilangan tiga wakil rakyat termasuk ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir yang keluar Februari lalu.

Dalam sidang medianya hari ini, Mohamaddinberkata, keputusan keluar parti dibuat demi usaha dan tumpuannya untuk membawa pembangunan di DUN Segama dan Parlimen Lahad Datu. Katanya, beliau berdepan kesukaran menjawab pertanyaan penyokong mengenai usaha membangunkan Lahad Datu, khususnya Segama memandangkan ia adalah kawasan baharu selagi masih dalam pembangkang.

DUN Segama menjadi penyumbang terbesar dari segi hasil ekonomi di Lahad Datu kerana mempunyai kawasan ladang kelapa sawit yang luas dan banyak kilang sawit tetapi tandas awam pun tiada di Segama. Jadi, kalau saya terus menjadi wakil rakyat pembangkang, selama empat tahun lagi sebelum pilihan raya negeri akan datang, saya tidak dapat bawa apa-apa kemajuan di Segama khususnya.

“Berikutan itu, hari ini saya isytiharkan keluar WARISAN dan menjadi wakil rakyat bebas mesra kerajaan negeri Sabah, manakala di Dewan Rakyat saya mengisytiharkan menjadi wakil rakyat Bebas sepenuhnya. Namun, sekiranya satu undi Bebas boleh membantu membuat keputusan demi kepentingan rakyat dan negara, saya sangat berbesar hati untuk mengundi dan menyokong usaha kerajaan persekutuan di Dewan Rakyat,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan WARISAN selapas ini, Mohamaddin berkata beliau sudah bersedia untuk berdepan apa saja termasuk tindakan undang-undang daripada parti itu. Katanya, beliau juga sudah menyiapkan surat peletakan dalam parti untuk diserahkan pada bila-bila masa selepas pengumuman keluar WARISAN.

Dalam pasa itu, beliau menolak dakwaan parti itu mengenai kononnya berlaku ‘pembelian’ wakil rakyat supaya meninggaljan WARISAN. Saya tidak percaya beli-membeli wakil rakyat kerana saya tidak dibeli. Saya isytihar keluar parti bukan kerana dibeli. Saya kata tadi DUN segama kasihan, tiada apa-apa pembangunan, malah tandas awam pun tiada,” katanya.

Mohammadin yang juga Ahli Majlis Tertinggi WARISAN memenangi kerusi Parlimen Lahad Datu (dahulu Silam) pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 atas tiket WARISAN dan kerusi DUN Segama pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here