MP Sabah, Sarawak diseru sokong Belanjawan 2021

Semua Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak tanpa mengira parti diseru supaya menyokong Belanjawan 2021 hari ini.

Timbalan Ketua Armada Sabah, Ceasar Mandela Malakun berkata, penting untuk semua pihak mengetepikan perbezaan politik sebaliknya perlu bekerjasama untuk kepentingan rakyat terutama ketika berhadapan dengan wabak koronavirus (Covid-19).

Katanya, Belanjawan 2021 memperuntukkan jumlah yang lumayan iaitu RM9.6 bilion untuk Sabah dan Sarawak.

“Jumlah itu dilihat mampu meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan Sabah dan Sarawak walaupun kini masih berdepan penularan wabak Covid-19. Sabah dan Sarawak masing-masing akan menerima peruntukan sebanyak RM5.1 bilion dan RM4.5 bilion untuk projek pembinaan infrastruktur, peningkatan infrastruktur utiliti serta kesihatan dan pendidikan.

Sokongan bersyarat ahli Parlimen UMNO penentu Belanjawan 2021

“Jumlah ini bakal membantu negeri di Borneo pulih daripada kemerosotan ekonomi disebabkan Covid-19,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Caesar Mandela berkata lagi, peruntukan yang bakal diterima itu juga dijangka mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan yang terjejas susulan penularan Covid-19.

“Pertambahan subsidi, bantuan dan insentif bagi kedua-dua negeri daripada RM150 juta kepada RM200 juta dijangka memberi manfaat besar bagi rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya.

Terdahulu, sidang Dewan Rakyat dijangka mengundi untuk kelulusan Belanjawan 2021 hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here