Kluster keagamaan dikenal pasti di Perak

Terdapat tujuh kluster baharu dikenal pasti hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Tiga daripada kluster baharu itu melibatkan tempat kerja, dua kluster komuniti dan masing-masing satu bagi kluster keagamaan dan kumpulan berisiko tinggi.

Tiga kluster tempat kerja adalah Kluster Tapak Bina Lembah Selatan di Sepang, Kluster Jalan Bagan di Sabak Bernam dan Kluster Jalan Gangsa Dua di Johor Bahru.

Kluster yang melibatkan komuniti pula adalah Kluster Taman Segar di Perak dan Kluster Seruas di Beluru dan Miri, Sarawak.

Kluster Lorong Mawar di Teluk Intan, Hilir Perak pula melibatkan kluster keagamaan.

Kluster Ampang Campuran pula kumpulan berisiko di Selangor dan Kuala Lumpur.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini turut mengisytiharkan tujuh kluster tamat.

Kesemuanya adalah Kluster Pintu Geng, Kluster Ehsan Ibol, Kluster Persiaran Heights, Kluster Langkasuka, Kluster Wawasan, Kluster Jalan BBN dan Kluster Texmile.

Jumlah kluster yang telah tamat sehingga hari ini adalah sebanyak 454 kluster.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here