Usul Belanjawan 2021 dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada 6 November lalu lulus dalam undian di Dewan Rakyat sebentar tadi.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan keputusan itu, jam 3.28 sebentar tadi.
Terdahulu, RUU Perbekalan 2020 dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang kemudiannya disokong semua Ahli Parlimen kerajaan.