Ambulans terbabas dalam parit – 4 cedera

Taiping, Julai-
Empat individu termasuk seorang lelaki warga emas cedera selepas ambulans dinaiki mereka terbabas ke dalam parit berdekatan Jalan Tol Kamunting, Taiping di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata dalam kejadian jam 3.30 pagi itu membabitkan pesakit lelaki berusia 68 tahun serta dua lelaki dan seorang wanita yang juga kakitangan KKM berusia lingkungan usia 20 hingga 57 tahun.

“Difahamkan, ambulans berkenaan dalam perjalanan balik ke Parit Buntar dan terdapat empat mangsa di dalamnya iaitu kakitangan KKM dan seorang pesakit lelaki berusia 68 tahun.

“Kejadian berkenaan menyebabkan dua mangsa parah (termasuk pesakit) manakala pemandu serta kakitangan KKM cedera ringan,” katanya dalam kenyataan.

Selain bomba, beliau berkata, orang awam turut membantu menyelamatkan mangsa dan semua mereka dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

“Operasi menyelamatkan mangsa ditamatkan pada jam 4.20 pagi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here