Tingkat kesedaran terhadap pemuliharaan beruang madu

World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF-Malaysia) akan mengadakan ceramah dalam talian mengenai pemuliharaan beruang madu di Sarawak dan Sabah pada 28 November ini.

Menurut kenyataannya semalam, ceramah itu bertujuan meningkatkan ke-sedaran dan penghargaan masyarakat terhadap pemuliharaan beruang madu.

Pada masa yang sama untuk mendapatkan lebih banyak sokongan terhadap perlindu-ngan spesies tersebut dan habitatnya.

Ceramah selama sejam setengah itu akan bermula pada jam 9 pagi, menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC) Dr Wong Siew Te. Antara lain, ia memberi tumpuan kepada ekologi dan tingkah laku beruang madu.

Selain itu, Dr Wong juga akan berkongsi kerja-kerja pemuliharaan beruang madu di BSBCC, Sandakan, Sabah melalui lawatan maya eks-klusif.

Pusat tersebut menjaga beruang madu yang telah berjaya diselamatkan daripada pemburu haram.

Kerja-kerja menyelamat-kan beruang madu bukan suatu pekerjaan yang mudah kerana seseorang itu harus menangani mamalia kuat terbabit dengan amat berhati-hati.

“Salah satu sumber pendapatan utama kami ialah bayaran yang dikutip daripada para pengunjung dan pelancong, tetapi pandemik COVID-19 telah menyebabkan kami kehilangan pen-dapatan.

“Kami memerlukan dana untuk menjalankan operasi pusat ini terutama untuk merawat beruang yang telah diselamatkan, sehingga kembali normal,” kata Dr Wong.

Beruang Madu Borneo juga dikenali sebagai beruang madu dengan nama saintifik-nya ‘Helarctos malayanus euryspilus.’

Menurut senarai merah International Union for Conservation of Nature (IUCN), beruang madu merupakan spesies terancam, tetapi masih dapat dijumpai di Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos, Vietnam, India Timur dan Bangladesh.

Beruang madu memainkan peranan penting dalam eko-logi dan ekosistem hutan.

Mereka bertindak sebagai penyebar benih, terlibat dalam pengendalian perosak, dan membantu dalam mengitar nutrien di hutan.

Memelihara, memper-dagang atau membunuh beruang madu dilarang sama sekali dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak 1998 dan Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here