Puspakom Sandakan operasi ditutup

Seorang kakitangan Puspakom Sandakan telah disahkan positif Covid-19 dan beliau kini sedang mendapatkan rawatan dan dikuarantin di sebuah hospital kerajaan.

Proses pengesanan kontak juga sedang dijalankan dan semua kakitangan cawangan juga akan menjalani ujian saringan Covid-19, sementara mereka yang berhubung secara langsung dengan pesakit tersebut telah diarahkan untuk menjalani kuaratin selama 14 hari.

Puspakom telah mengambil langkah menutup cawangan Sandakan serta-merta dan tidaka beroperasi mulai Isnin ini bagi melakukan proses sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh.

Pembukaan semula Puspakom Sandakan akan dimaklumkan kelak.

Katanya, Puspakom sedang mendapatkan nasihat dari Jabatan Pengangkutan Jalan berkaitan kelonggaran pembaharuan permit untuk kenderaan yang tamat tarikh pemeriksaan dalam tempoh Puspakom Sandakan ditutup.

Bagi pelanggan yang mempunyai temujanji di Puspakom Sandakan, semua bayaran temujanji pemeriksaan yang telah dibuat akan dipulangkan secara automatik.

Puspakom akan sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menghadapi gejala ini. Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan kepada pelanggan dari semasa ke semasa.

Menurutnya, Puspakom Kota Kinabalu telah beroperasi semula mulai 27 November 2020 setelah ditutup selama seminggu akibat daripada penularan Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here