Perogol Kanak-kanak Sempat Minta Dikasihani, Pengsan Ketika Disebat 146 Kali

Seorang lelaki berusia 19 tahun dilapor pengsan ketika menjalani hukuman sebat sebanyak 146 kali di khalayak ramai, atas kesalahan merogol kanak-kanak, di wilayah Acheh, Indonesia.

Menurut laporan CNA, lelaki berkenaan turut dilihat menangis teresak-esak ketika menjalani hukuman dan menahan sakit ketika dirotan.

Lelaki berkenaan juga sempat meminta maaf dan memohon hukuman dihentikan. Keadaannya bagaimanapun diperiksa oleh doktor dan diberi rawatan sewajarnya sebelum hukuman diteruskan.

Dia ditahan pada awal tahun ini atas kesalahan merogol kanak-kanak yang mana umur mangsa tidak didedahkan kepada media sebelum dijatuhi hukuman sebat 146 kali dikhalayak ramai. Hukuman berat berkenaan diberikan disebabkan jenayah yang dilakukannya dikelaskan sebagai jenayah berat.

”Hukuman berat ini sebagai satu langkah pencegahan,” menurut Ivan Nanjjar Alavi, jurucakap daripada penjabat pendakwa raya Acheh.

Selain lelaki berusia 19 tahun itu, dua lagi pesalah masing-masing berusia 40-an dan penghujung 20-an turut menjalani hukuman sebat atas kesalahan yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here