Tiga Pendaki Ditemukan Selamat Selepas Sesat Dua Hari

Tiga pendaki yang sesat selama dua hari selepas mendaki Gunung Berembun, Jalan Pantai dekat sini ditemukan selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohammad Idris berkata kesemua mangsa terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an dijumpai pada 3.45 petang semalam di puncak gunung sebelum dibawa keluar dari hutan kira-kira pukul 1.45 pagi tadi.

Menurutnya, maklumat awal diterima menerusi panggilan telefon yang dibuat oleh seorang daripada pendaki kira-kira pukul 11.30 malam pada Sabtu dan anggota mencari dan menyelamat (SAR) terus digerakkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here